Sunday 21 April 2013

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2012 MAJLIS DAERAH SELAMA



 


Yang Dipertua bersama Setiausaha Majlis Daerah Selama dan Ketua Polis Daerah Selama







 


                    Seramai 5 Kakitangan MDS menerima APC bagi Tahun 2012.
                   TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH





Sunday 20 March 2011

MAKLUMAT SELAMA

Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.
Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.
Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, Kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.
Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik Abdul Karim menyerahkan Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.
Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1892 dan dikebumikan di perkuburan berhampiran Masjid Lama Selama.

Thursday 17 March 2011

SUKAN












Tuesday 15 March 2011

REPLIKA SATU MALAYSIA

Replika Satu Malaysia telah didirikan di hadapan pintu masuk pejabat MDS tanda mengikut seruan kerajaan


"bagaikan berat sama dipikul ringan sama di jinjing" semua staf MDS bersatupadu dan bertungkus lumus dalam mendirikan replika satu malaysia


Dengan  semanagat Satu Malaysia, replika Satu  Malaysia telah jayanya didirikan di hadapan pintu utama MDS.http://www.mdselamaperak.blogspot.com

Friday 11 March 2011

JAMUAN RAYA




JAMUAN HARI RAYA untuk kakitangan Majlis Daerah Selama Perak yang diadakan di dewan besar MDS pada 1 Oktober 2010.
MAJLIS DAERAH SELAMA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute